Monday, February 28, 2011

Rindu

Demi malam ketika rasa sepi meragut resah bintang pada bulan
Biarkan lelaki ini terus memanggil-manggil di kejauhan langit
Menatap kosong penuh peluh dengan hembus nafas tersesak
Dan menggigil dingin tersapu angin bersahutan dalam renyai hujan

Baru beberapa saat rasanya senja berarak
Fajar tak juga membawa embun pada belaian pagi
Dan baru saja semalam dekapan terasa hangat
Menyentuh pucuk – pucuk asmara
Merangkulku dalam genggaman cintamu

Semakin hari sendu mengikis waktu di perasingan langkah
Merantai tangan dengan duri keindahan mawar yang tak terjamah
Lalu memenjarakan jiwa dalam gelora kerinduan yang bersenandung

Aku lelah mencumbui kerinduan ini, sayang…
Sering aku lewatkan lelap mengurai benang harap
Agar engkau lekas kembali saat aku terjaga

Namun ….
Aku hanya punya bekal mimpi semalam darimu
Untuk aku selalu simpan di perjalanan siang hingga petangku
Dalam penantianmu, sayang…

Ingin aku putar waktu
Agar segera aku mengusap wajahmu; membelaimu
Membiarkanmu bersandar di dadaku
Mengurai resah dan gelisah oleh kusamnya waktu
Berbagi kasih dan cinta yang membelah jiwa kita
Merasai desah nafas dan detak jantungmu

Lalu aku bisikan perlahan di telingamu
Keindahan teratai yang tumbuh di tengah danau jiwa kita
Juga bahagia hari esok yang ingin kita lewati
Tentang cita-cita dan impian
Tentang besarnya cintaku untukmu

Sunday, February 20, 2011

Insan Ku Sayang

Buat awak yang saya sayang. Saat bersama awak, sayalah orang yang paling gembira sekali kerana mendapat cinta dan kasih sayang dari awak. Saya inginkan awak bahagia bersama saya bukan kerana harta, juga bukan kerana kesempatan yang di cari tapi kerana cinta saya terhadap awak. Mungkin saya hadir sebagai insan biasa dalam hidup awak, ataupun merimaskan awak selalu tapi saya harap awak sentiasa selamat dan gembira dengan kehadiran saya dalam hidup awak. Dengan adanya saya di sisi awak, saya yakin awak akan merasa sangat selesa. Kerana setiap saat masa yang saya ada, saya inginkan awak. Kerana awak, hidup saya menjadi amat bermakna sekali. Kerana awak, hari-hari saya menjadi semakin indah dan berseri-seri. Kerana awak, mimpi-mimpi saya mungkin akan menjadi nyata suatu hari nanti. Kerana awak, saya tekad untuk melakukan yang terbaik. Kerana awak saya berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan saya. Kerana awaklah saya meneruskan hidup ini. Kerana awak jugalah saya mengalirkan air mata yang bagi saya amat bermakna. Saya bukanlah lelaki yang luar biasa yang mungkin tidak pernah melakukan khilaf tapi kerana saya adalah lelaki biasa. Kerana itu jua lah saya tidak boleh terlepas untuk melakukan kekhilafan yang lazim di lakukan oleh manusia biasa kerana saya adalah manusia biasa. Namun setiap saat saya berusaha untuk lakukan yang terbaik demi menjaga hubungan kita ini. Kerana awak lah saya lakukan ini semua. Kerana awak insan yang ku sayang.

Thursday, February 17, 2011

Ibu

Ibu…
Dikedinginan malam sunyi
terkenang aku akan pemergian mu
dibuai sejuta kenangan manis disiram segar
subur kasih penuh rindu mengiringi pemergianmu

Ibu..
Sejuta keampunan kupinta darimu
buat penghapus dosa insan kerdil ini
buat menebus kekurangan melayani hayatmu
buat melunas hutang jiwa
seorang anak terhadap ibu

Oh ibu..
Ku tinggalkan jasadmu dikuburan ini
namun izinkan aku
bawa pulang kasih sayangmu
izinkanku bawa bersama semangat dan doamu
izinkan aku pulang
berbekal keampunan dan redhamu ibu..
Doakanlah aku ibu
agar bersemangat menyambung amal ibadahmu
berbekal akal,ilmu dan iman
yang engkau ajarkan dulu

Ya tuhan…
ku titipkan jasad ibu untuk dikau rahmati
ku pinjam jiwa kental dan kasih sayang ibu
buat bekal hidup yang berbaki
ku rayu keampunanmu
segala dosanya ya robbi..
Hidayahkan aku apa saja
demi menebus dosa ibunda
biar nyawa,harta dan jiwa ini
menjadi galang gantinya..
Jangan kau siksa dia wahai tuhan
aku pohon,aku rayu kepadamu setulus jiwa
rahmatilah,kasihanilah dia
seperti dia mengasihiku sejak kecil

Ya Allah ya tuhan ku…
aku berpegang pada janjimu..
Janji rasulmu
izinkan aku menyambung amal ibu
izinkan aku memenuhi tawaran janjimu
demi ibuku…
demi ibuku…
demi ibuku…
al-fatihah untukmu ibu..
Al-fatihah!!

Sinar pelangi

Kehadirannya membuatkan duniaku berseri,
Sinar yg di pancarkan sungguh berseri-seri,
Walaupun tidak lah sehebat sinar mentari,
Namun bagi ku ia sungguh bererti,
Walau kehadiranya setelah bumi di basahi,
Kau sungguh indah di mataku wahai pelangi,
Jangan lah lenyap di saat aku memerhati,
Sesungguhnya pemerhatian ku akan berakhir dgn mati.

Tuesday, February 15, 2011

Uniknya Tahun 2011

Sedar ataupun tidak disaat menulis catatan ini tahun 2011 sudah menjangkau ker akhir bulan Februari. Namun begitu belum terlambat lagi sekiranya kita sama-sama mengkaji dan melihat lebih jelas lagi keunikan tahun 2011 ini. Ternyata setiap ciptaanNya ada maksud yang tersirat yang sukar di gambarkan dengan kata-kata namun setelah di kaji dan di amati barulah kita sedar akan kekuasaan yang tersembunyi. Cuba kita tengok apa yang uniknya dengan tahun 2011.

Sudah semestinya setiap tahun akan ada tarikh-tarikh unit dan istimewa yang akan dipilih khas untuk dijadikan tarikh paling bermakna dalam hidup kita seperti tarikh perkahwinan, pertunangan, merisik dan sebagainya. Tidak hanya pada ikatan dua hati semata-mata yang berkait dengan tarikh penting dan istimewa ini. Sebenarnya bila bercakap mengenai tarikh perkahwinan yang istimewa, menarik atau unik dalam Tahun 2011 ada agak banyak tarikhnya. Sebagai contoh 1/1/11, 11/1/11, 1/11/11 dan 11/11/11.

Sekarang ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran anda. Sebagai contohnyo kalau anda dilahirkan pada tahun 1984, maka ambil 84.

Kemudian campur nombor 84 tadi dengan umur anda tahun 2011 ini. Contohnya kalau lahir 1984, maka umur anda ialah 27 kan. Jadi, campurkan 84 dengan 27.

Percaya atau tidak, hasil yang anda akan dapat ialah 111. Kita boleh cuba dengan tahun-tahun kelahiran yang lain berserta dgn umur. Nescaya kita akan mendapat jawapan yang sama iaitu 111.

Kalau di salah tafsirkan, kita merasakan tahun 2011 dan pencetus idea untuk kiraan ini yang hebat. Namun kita kena sedar akan di sebalik semua itu ada kuasa yang lagi hebat. Kuasa yang tidak terjangkau oleh akal manusia. Allah Tuhan Yang Esa.


Adakah lelaki lebih hebat Matematik daripada perempuan?

“Lelaki lagi cekap Matematik daripada perempuan”

Mungkin kita pernah mendengar ayat diatas atau yang seakan dengannya.

Adakah ia suatu fakta atau ia hanya satu mitos?

Ramai yang menggunakan pernyataan diatas untuk menerangkan mengapa bilangan Mathematicians, Physicists dan Engineers wanita tidak ramai berada ditahap tinggi. Di tambah pula dengan nama-nama besar yang menyumbang pada perkembangan ilmu Matematik yang ramai daripada mereka adalah lelaki (contoh : Newton, Euler, Al-Khwarizmi,dll)

Kajian

Satu kajian yang dijalankan oleh Professor Janet Hyde dari University of Wisconsin-Madison (USA) tidak menemui bukti berkaitan perbezaan jantina dengan keupayaan matematik seseorang.

Pengkaji menganalisis keputusan ujian matematik ke atas 7 juta pelajar yang berumur diantara 7 tahun hingga 17 tahun di US dan mendapati tiada perbezaan antara skor pelajar lelaki dan skor pelajar perempuan. Mereka juga mendapati terdapat perbezaan yang sangat kecil pada bilangan pelajar lelaki dan perempuan yang mendapat skor yang tinggi – dan sebenarnya skor pelajar lelaki begitu pelbagai (yakni bilangan yang mendapat markah tinggi, sederhana dan rendah lebih kurang sama ramai).

“There just aren’t gender differences anymore in math perfomance”

(Tiada lagi perbezaan jantina dalam kemampuan ber’matematik’) kata Prof Hyde.

Jadi kita semua perlu memperbetulkan cara pemikiran kita dan cara pemikiran yang ‘stereotype’ sangat tidak membantu dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Jadi wanita semua, anda mempunyai keupayaan bermatematik yang sama dengan lelaki.

Matematik itu tidak susah, cuma ia tidak mudah sahaja.

Engkaulah Yang Satu

Saatku rindu padamu
Seru ku seru namamu bertalu
Rimbunan rindu yang bertemu
Menjadi lembaran cintaku
Ku serah kepadamu

Bila ku sebut namamu
Damai di ruang hatiku ini
Ku seru namamu bertalu
Menjadi lembaran kasihku
Ku serah kepadamu

Engkaulah yang satu
(Engkaulah dewiku)
Mustika kalbuku
Kasih dan rinduku oh
Hanyalah padamu
Engkaulah kasihku
Tiada duanya
Biar jadi hamparan
Kasihku padamu

Tanpamu siapalah aku