Wednesday, April 6, 2011

Peperiksaan

Pelbagai Gambaran Negatif.

Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan. Walaupun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:

  • Menyerah kalah sebelum berjuang. Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi. Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini. Mereka cuba membaca tetapi dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.

  • Merasa belum bersedia. Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar. Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia. Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini bermain difikiran.

  • Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi. Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak. Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh. Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.

Berfikiran Positif

Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.

Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan anda meragui kebolehan diri anda.

Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:

"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada
pencapaian langsung".

"Something is better than nothing"

Lakukan "Latihan Minda" setiap hari.

  1. Duduk dikerusi anda dengan selesa. Tangan diletakkan di atas peha. Badan tidak bersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan mata anda.

  2. Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.

  3. Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar. Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu. Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda. Dimana ia berlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar tepukan gemuruh ketika itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan keseronokan anda pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.

  4. Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda, dan pejam kembali. Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali.

  5. Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan. Rasakan ketenangan dalam dewan. Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar. Rasakan kegembiraan itu. Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan. Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi.

  6. Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.

  7. Buatkan latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha.

"Apa yang penting, cari lah keredhaan, keampuna dan keberkatan dari Allah tuhan yang Esa, ibu bapa dan pendidik"

Monday, February 28, 2011

Rindu

Demi malam ketika rasa sepi meragut resah bintang pada bulan
Biarkan lelaki ini terus memanggil-manggil di kejauhan langit
Menatap kosong penuh peluh dengan hembus nafas tersesak
Dan menggigil dingin tersapu angin bersahutan dalam renyai hujan

Baru beberapa saat rasanya senja berarak
Fajar tak juga membawa embun pada belaian pagi
Dan baru saja semalam dekapan terasa hangat
Menyentuh pucuk – pucuk asmara
Merangkulku dalam genggaman cintamu

Semakin hari sendu mengikis waktu di perasingan langkah
Merantai tangan dengan duri keindahan mawar yang tak terjamah
Lalu memenjarakan jiwa dalam gelora kerinduan yang bersenandung

Aku lelah mencumbui kerinduan ini, sayang…
Sering aku lewatkan lelap mengurai benang harap
Agar engkau lekas kembali saat aku terjaga

Namun ….
Aku hanya punya bekal mimpi semalam darimu
Untuk aku selalu simpan di perjalanan siang hingga petangku
Dalam penantianmu, sayang…

Ingin aku putar waktu
Agar segera aku mengusap wajahmu; membelaimu
Membiarkanmu bersandar di dadaku
Mengurai resah dan gelisah oleh kusamnya waktu
Berbagi kasih dan cinta yang membelah jiwa kita
Merasai desah nafas dan detak jantungmu

Lalu aku bisikan perlahan di telingamu
Keindahan teratai yang tumbuh di tengah danau jiwa kita
Juga bahagia hari esok yang ingin kita lewati
Tentang cita-cita dan impian
Tentang besarnya cintaku untukmu

Sunday, February 20, 2011

Insan Ku Sayang

Buat awak yang saya sayang. Saat bersama awak, sayalah orang yang paling gembira sekali kerana mendapat cinta dan kasih sayang dari awak. Saya inginkan awak bahagia bersama saya bukan kerana harta, juga bukan kerana kesempatan yang di cari tapi kerana cinta saya terhadap awak. Mungkin saya hadir sebagai insan biasa dalam hidup awak, ataupun merimaskan awak selalu tapi saya harap awak sentiasa selamat dan gembira dengan kehadiran saya dalam hidup awak. Dengan adanya saya di sisi awak, saya yakin awak akan merasa sangat selesa. Kerana setiap saat masa yang saya ada, saya inginkan awak. Kerana awak, hidup saya menjadi amat bermakna sekali. Kerana awak, hari-hari saya menjadi semakin indah dan berseri-seri. Kerana awak, mimpi-mimpi saya mungkin akan menjadi nyata suatu hari nanti. Kerana awak, saya tekad untuk melakukan yang terbaik. Kerana awak saya berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan saya. Kerana awaklah saya meneruskan hidup ini. Kerana awak jugalah saya mengalirkan air mata yang bagi saya amat bermakna. Saya bukanlah lelaki yang luar biasa yang mungkin tidak pernah melakukan khilaf tapi kerana saya adalah lelaki biasa. Kerana itu jua lah saya tidak boleh terlepas untuk melakukan kekhilafan yang lazim di lakukan oleh manusia biasa kerana saya adalah manusia biasa. Namun setiap saat saya berusaha untuk lakukan yang terbaik demi menjaga hubungan kita ini. Kerana awak lah saya lakukan ini semua. Kerana awak insan yang ku sayang.

Thursday, February 17, 2011

Ibu

Ibu…
Dikedinginan malam sunyi
terkenang aku akan pemergian mu
dibuai sejuta kenangan manis disiram segar
subur kasih penuh rindu mengiringi pemergianmu

Ibu..
Sejuta keampunan kupinta darimu
buat penghapus dosa insan kerdil ini
buat menebus kekurangan melayani hayatmu
buat melunas hutang jiwa
seorang anak terhadap ibu

Oh ibu..
Ku tinggalkan jasadmu dikuburan ini
namun izinkan aku
bawa pulang kasih sayangmu
izinkanku bawa bersama semangat dan doamu
izinkan aku pulang
berbekal keampunan dan redhamu ibu..
Doakanlah aku ibu
agar bersemangat menyambung amal ibadahmu
berbekal akal,ilmu dan iman
yang engkau ajarkan dulu

Ya tuhan…
ku titipkan jasad ibu untuk dikau rahmati
ku pinjam jiwa kental dan kasih sayang ibu
buat bekal hidup yang berbaki
ku rayu keampunanmu
segala dosanya ya robbi..
Hidayahkan aku apa saja
demi menebus dosa ibunda
biar nyawa,harta dan jiwa ini
menjadi galang gantinya..
Jangan kau siksa dia wahai tuhan
aku pohon,aku rayu kepadamu setulus jiwa
rahmatilah,kasihanilah dia
seperti dia mengasihiku sejak kecil

Ya Allah ya tuhan ku…
aku berpegang pada janjimu..
Janji rasulmu
izinkan aku menyambung amal ibu
izinkan aku memenuhi tawaran janjimu
demi ibuku…
demi ibuku…
demi ibuku…
al-fatihah untukmu ibu..
Al-fatihah!!

Sinar pelangi

Kehadirannya membuatkan duniaku berseri,
Sinar yg di pancarkan sungguh berseri-seri,
Walaupun tidak lah sehebat sinar mentari,
Namun bagi ku ia sungguh bererti,
Walau kehadiranya setelah bumi di basahi,
Kau sungguh indah di mataku wahai pelangi,
Jangan lah lenyap di saat aku memerhati,
Sesungguhnya pemerhatian ku akan berakhir dgn mati.

Tuesday, February 15, 2011

Uniknya Tahun 2011

Sedar ataupun tidak disaat menulis catatan ini tahun 2011 sudah menjangkau ker akhir bulan Februari. Namun begitu belum terlambat lagi sekiranya kita sama-sama mengkaji dan melihat lebih jelas lagi keunikan tahun 2011 ini. Ternyata setiap ciptaanNya ada maksud yang tersirat yang sukar di gambarkan dengan kata-kata namun setelah di kaji dan di amati barulah kita sedar akan kekuasaan yang tersembunyi. Cuba kita tengok apa yang uniknya dengan tahun 2011.

Sudah semestinya setiap tahun akan ada tarikh-tarikh unit dan istimewa yang akan dipilih khas untuk dijadikan tarikh paling bermakna dalam hidup kita seperti tarikh perkahwinan, pertunangan, merisik dan sebagainya. Tidak hanya pada ikatan dua hati semata-mata yang berkait dengan tarikh penting dan istimewa ini. Sebenarnya bila bercakap mengenai tarikh perkahwinan yang istimewa, menarik atau unik dalam Tahun 2011 ada agak banyak tarikhnya. Sebagai contoh 1/1/11, 11/1/11, 1/11/11 dan 11/11/11.

Sekarang ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran anda. Sebagai contohnyo kalau anda dilahirkan pada tahun 1984, maka ambil 84.

Kemudian campur nombor 84 tadi dengan umur anda tahun 2011 ini. Contohnya kalau lahir 1984, maka umur anda ialah 27 kan. Jadi, campurkan 84 dengan 27.

Percaya atau tidak, hasil yang anda akan dapat ialah 111. Kita boleh cuba dengan tahun-tahun kelahiran yang lain berserta dgn umur. Nescaya kita akan mendapat jawapan yang sama iaitu 111.

Kalau di salah tafsirkan, kita merasakan tahun 2011 dan pencetus idea untuk kiraan ini yang hebat. Namun kita kena sedar akan di sebalik semua itu ada kuasa yang lagi hebat. Kuasa yang tidak terjangkau oleh akal manusia. Allah Tuhan Yang Esa.


Adakah lelaki lebih hebat Matematik daripada perempuan?

“Lelaki lagi cekap Matematik daripada perempuan”

Mungkin kita pernah mendengar ayat diatas atau yang seakan dengannya.

Adakah ia suatu fakta atau ia hanya satu mitos?

Ramai yang menggunakan pernyataan diatas untuk menerangkan mengapa bilangan Mathematicians, Physicists dan Engineers wanita tidak ramai berada ditahap tinggi. Di tambah pula dengan nama-nama besar yang menyumbang pada perkembangan ilmu Matematik yang ramai daripada mereka adalah lelaki (contoh : Newton, Euler, Al-Khwarizmi,dll)

Kajian

Satu kajian yang dijalankan oleh Professor Janet Hyde dari University of Wisconsin-Madison (USA) tidak menemui bukti berkaitan perbezaan jantina dengan keupayaan matematik seseorang.

Pengkaji menganalisis keputusan ujian matematik ke atas 7 juta pelajar yang berumur diantara 7 tahun hingga 17 tahun di US dan mendapati tiada perbezaan antara skor pelajar lelaki dan skor pelajar perempuan. Mereka juga mendapati terdapat perbezaan yang sangat kecil pada bilangan pelajar lelaki dan perempuan yang mendapat skor yang tinggi – dan sebenarnya skor pelajar lelaki begitu pelbagai (yakni bilangan yang mendapat markah tinggi, sederhana dan rendah lebih kurang sama ramai).

“There just aren’t gender differences anymore in math perfomance”

(Tiada lagi perbezaan jantina dalam kemampuan ber’matematik’) kata Prof Hyde.

Jadi kita semua perlu memperbetulkan cara pemikiran kita dan cara pemikiran yang ‘stereotype’ sangat tidak membantu dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Jadi wanita semua, anda mempunyai keupayaan bermatematik yang sama dengan lelaki.

Matematik itu tidak susah, cuma ia tidak mudah sahaja.

Engkaulah Yang Satu

Saatku rindu padamu
Seru ku seru namamu bertalu
Rimbunan rindu yang bertemu
Menjadi lembaran cintaku
Ku serah kepadamu

Bila ku sebut namamu
Damai di ruang hatiku ini
Ku seru namamu bertalu
Menjadi lembaran kasihku
Ku serah kepadamu

Engkaulah yang satu
(Engkaulah dewiku)
Mustika kalbuku
Kasih dan rinduku oh
Hanyalah padamu
Engkaulah kasihku
Tiada duanya
Biar jadi hamparan
Kasihku padamu

Tanpamu siapalah aku

Matematik dan Tamadun Islam

Pada awal kurun ke-7, satu tamadun baru muncul di tanah Arab. Dibawah pimpinan Muhammad s.a.w, dakwah yang bawa Rasulullah tersebar pesat dan luas menambat hati dan iman penduduk Semenanjung Arab. Kurang satu abad selepas kota Mekah dibuka semula pada tahun 630, kerajaan Islam telah berjaya menyebar luaskan agama Islam sehingga ke India dan hingga ke tengah benua Asia bagi bahagian timur.

Di bahagian barat, penyebaran agama Islam lebih cepat berlaku terutamanya dibahagian utara benua Afrika. Pada Tahun 711, Islam berjaya sampai ke Sepanyol. Hasil daripada penyebaran agama Islam hingga hampir dua per tiga dunia memberi perkembangan dan kemajuan kepada kerajaan Islam. Budaya Islam menjadi cara hidup manusia pada ketika itu.

Inilah titik permulaan kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Agama Islam telah membawa satu budaya yakni budaya cintakan ilmu yang sangat besar peranannya kepada dunia ilmu pengetahuan. Itulah cantiknya Islam, tidak pernah menolak bulat-bulat ilmu pengetahuan di dalam kehidupan.

Sejarah Matematik Islam

Ahli sejarah dan Ahli Matematik barat lebih suka merujuk perkembangan sejarah Matematik ditanah Arab sebagai Matematik Islam kerana ia adalah kesinambungan daripada ajaran Islam yang bawa Rasulullah yang mementingkan soal ilmu pengetahuan. Perkembangan Ilmu pengetahuan banyak berlaku di zaman pemerintahan Abbasiyyah yang dalam masa yang sama Eropah masih di Zaman Gelap. Oleh itu ilmu lebih banyak terbudaya dikalangan orang Islam manakala orang Eropah disekat hak untuk berfikir. Jadi, Matematik Islam lebih sesuai dengan daripada Matematik Arab.

Pada tahun 766, Khalifah Al-Mansur membuka kota Baghdad yang selepas itu menjadi tempat perkembangan Ilmu termasyhur didunia. Cendiakawan dan cerdik pandai dialu-alukan kedatangan mereka ke Kota Baghdad. Khalifah Harun al-Rashid yang memerintah dari tahun 786 hingga 809 telah menubuhkan perpustakaan di Baghdad. Manuskrip-manuskrip dikumpulkan dari pelbagai bidang dan akademi-akademi di timur barat terutamanya dari tamadun Yunani termasuk manuskrip Matematik Yunani Klasik dan teks-teks saintifik. Kemudian ia diterjemahkan ke bahasa Arab. Penganti Harun al-Rashid, Khalifah Al-Ma’mun meneruskan usaha ini pada skala yang lebih besar dan sehingga tertubuhnya Baitul Hikmah yang bertahan selama 200 tahun. Ilmuan-ilmuan dari seluruh bahagian dalam pemerintahan dijemput untuk menterjemahkan bahasa Greek dan India dan juga menjalankan penyelidikan.

Pada akhir kurun ke-9, pelbagai kertas-kertas kerja cendiakawan seperti Euclid, Archimedes, Apollionius, Diophantus, Plotemy dan ramai lagi ahli matematik Yunani diterjemahkan kebahasa arab untuk kegunaan ilmuan-ilmuan disana. Ilmuan-ilmuan islam bukan hanya mengumpul kajian-kajian lama, bahkan mereka telah mengembangkan ilmu-ilmu kepada satu perspektit baru yang lebih releven. Ini kerana ahli matematik sebelum mereka mengunakan matematik untuk perkara-perkara yang tidak penting kepada manusia seperti menghitung cinta dan sebagainya. Di dalam Matematik Islam, ia lebih banyak digunakan untuk perkara-perkara yang praktikal dan berguna untuk manusia, dan juga disebut sebagai Sunnatullah. Para Ilmuan Islam mengkaji dan berakhir dengan bertemu dengan Kebesaran Allah. Inilah beza antara saintis Islam dan saintis. Tujuan mereka adalah Allah.


Ilmuan Islam sentiasa memulakan kerja dengan lafaz ”Basmalah”.

“The mathematicians responded by always invoking the name of God at the beginning and end of their works and even occasionally referring to Divine assistance throughout the texts”

Terpegun membaca ayat ini.

Subhanallah, begitulah akhlak ilmuan Islam dahulu yang sentiasa mengingati Allah dalam setiap perkerjaan yang mereka lakukan. Sentiasa memulakan dan mengakhiri dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, serta segala apa yang mereka berjaya hasilkan, mereka dikembalikan pujian hanya kepada Allah.

Tidak seperti ahli matematik Yunani, Ilmuan Islam tidak hanya berdasarkan teori, bahkan juga secara praktikal untuk memudahkan kehidupan seharian manusia, atau hari ini dikenali sebagai Applied Math atau matematik gunaan.

Hari ini, satu sejarah lengkap tentang Matematik Islam masih belum ditulis, kerana masih banyak tinggalan manuskrip Ilmuan Islam yang masih belum dikaji di perpustakaan seluruh dunia. Oleh kerana kepentingan politik yang memeningkan, akses kepada hasil kajian mereka yang penting disekat dan dilarang. Namun, fakta asas tentang dunia Matematik Islam masih diketahui. Antara sebab penyekatan ini adalah untuk mengelak umat Islam sedar yang tamadun Islam sangat banyak menyumbang kepada percambahan ilmu pengetahuan pada masa ini. Ia juga antara rancangan musuh Islam untuk melenyapkan kehebatan Islam dari pengetahuan umat Islam di Zaman ini.

Ahli matematik Islam banyak menyumbang untuk secara khususnya dalam penggunaan titik perpuluhan, dan juga mengembangkan topik Algebra secara tersusun dan juga dalam topik Geometri. Beberapa penambahbaikan dalam topik Trigonometri. Apabila Eropah keluar dari Zaman Gelap, mereka tidak memerlukan masa yang banyak untuk mengejar apa yang mereka terkebelakang kerana semuanya hampir lengkap. Hanya perlukan penjenamaan semula dan kembangkan ilmu itu.

(Olahan semula dari buku A History Of Mathematics: An Introduction; Victor J. Katz: Chapter The Mathematics of Islam)

Cinta Yang KuKenal

Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta yang baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Cinta yang terakhir akan kekal hingga akhir hayat. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.

Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian…

Setiap percintaan perlu ada kejujuran, keihklasan dengan harapan perpisahan dapat di hindari. Cinta luhur ku hadir di setiap penjuru di saat belum pasti ia menjadi milik ku. Keikhlasan dan kesabaran cinta yang luhur akan hadir dengan kegembiraan cahaya cinta. Inilah bukti cinta sejati yang telah di rahmati bila dua hati yang suci di cantum tanpa ada soal iri hati. Moga rahmat ini akan kekal buat selamanya walau perpisahan pasti akan menanti, namun biarlah perpisahan itu adalah matinya jasad di dalam bumi, bukannya perasaan cinta yang telah hilang di hati.

CINTA

Cinta itu suatu pengorbanan, toleransi, dan kepercayaan.
a strong positive emotion of regard and affection
Kerana cinta aku sanggup datang dari jauh
love can make u do stupid things
Cinta tak seindah yang disangka
Cinta berputik bila dua hati saling mencintai
love is wonderful but it hurt so much
Cinta tetap ada maknanya walau harapan tidak seindah realiti.

Cinta itu adalah bila kau boleh menerimaku seadanya

Cinta itu manis disulami pahit yg berpanjangan

Love is the meaning and the purpose of life

Love hurts, love scares, love wounds and mares any heart


C = Cinta
I = Itu
N = Nikmat
T = Tapi
A = Azab


Love is beautiful and beautiful is all about love.

Cinta itu himpunan perasaan yang diluar kawalan dan ikhlas kerana Allah