Tuesday, February 15, 2011

Adakah lelaki lebih hebat Matematik daripada perempuan?

“Lelaki lagi cekap Matematik daripada perempuan”

Mungkin kita pernah mendengar ayat diatas atau yang seakan dengannya.

Adakah ia suatu fakta atau ia hanya satu mitos?

Ramai yang menggunakan pernyataan diatas untuk menerangkan mengapa bilangan Mathematicians, Physicists dan Engineers wanita tidak ramai berada ditahap tinggi. Di tambah pula dengan nama-nama besar yang menyumbang pada perkembangan ilmu Matematik yang ramai daripada mereka adalah lelaki (contoh : Newton, Euler, Al-Khwarizmi,dll)

Kajian

Satu kajian yang dijalankan oleh Professor Janet Hyde dari University of Wisconsin-Madison (USA) tidak menemui bukti berkaitan perbezaan jantina dengan keupayaan matematik seseorang.

Pengkaji menganalisis keputusan ujian matematik ke atas 7 juta pelajar yang berumur diantara 7 tahun hingga 17 tahun di US dan mendapati tiada perbezaan antara skor pelajar lelaki dan skor pelajar perempuan. Mereka juga mendapati terdapat perbezaan yang sangat kecil pada bilangan pelajar lelaki dan perempuan yang mendapat skor yang tinggi – dan sebenarnya skor pelajar lelaki begitu pelbagai (yakni bilangan yang mendapat markah tinggi, sederhana dan rendah lebih kurang sama ramai).

“There just aren’t gender differences anymore in math perfomance”

(Tiada lagi perbezaan jantina dalam kemampuan ber’matematik’) kata Prof Hyde.

Jadi kita semua perlu memperbetulkan cara pemikiran kita dan cara pemikiran yang ‘stereotype’ sangat tidak membantu dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Jadi wanita semua, anda mempunyai keupayaan bermatematik yang sama dengan lelaki.

Matematik itu tidak susah, cuma ia tidak mudah sahaja.

2 comments:

  1. X semua benda di muka bumi ini senang, tapi kalau kita berusaha dgn tulus ikhlas, insyaallah akan berjaya.

    ReplyDelete